Berat badan Elton John merisaukan peminat - Utusan Malaysia

Berat badan Elton John merisaukan peminat

AUCKLAND, NEW ZEALAND - FEBRUARY 16: Elton John performs at Mt Smart Stadium on February 16, 2020 in Auckland, New Zealand. (Photo by Dave Simpson/WireImage)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPILAN penyanyi bertaraf legenda, Elton John yang kelihatan gemuk ketika menjayakan konsert jelajah Farewell Yellow Brick Road baru-baru ini mencetuskan kerisauan dalam kalangan peminat.

Pelbagai spekulasi ditimbulkan berhubung tahap kesihatan penyanyi tersebut selepas menunjukkan pertambahan berat badan secara drastik berbanding sebelum ini.

Bahkan lapor portal Radar Online, sumber dalaman mendakwa John, ketika membuat persembahan di konsert berkenaan, terpaksa memakai bengkung untuk menutup kegemukkannya.

Pertambahan berat badan penyanyi I’m Still Standing itu mengejutkan ramai pihak memandangkan beliau sebelum ini mendedahkan sedang menjalani rutin diet dan kawalan pemakanan yang ketat.

Saksi mendakwa John sebenarnya gagal mengikuti rutin berkenaan malah sentiasa memanjakan diri dengan makanan kegemarannya termasuk pasta, manisan dan roti.

Tabiat pemakanan tersebut membuatkan beratnya naik mendadak sehingga 90 kilogram (kg).

“Ramai yang bangga dengan beliau kerana sebelum ini John berjaya menurunkan berat (badan) sehingga 18 kg. Bagaimanapun, beliau gagal mengekalkannya dan menambah semula setiap berat yang dikurangkan sebelum ini,” kata saksi.

sebelum ini pernah bertarung dengan kanser prostat dan radang paru-paru, selain kencing manis tahap dua. Justeru, peminat bimbang kesihatannya kembali terjejas dengan kenaikan berat badan secara mendadak.

Lapor portal Music Times, doktor yang pernah merawat John, Dr. Gabe Mirkin sebelum ini memaklumkan pertambahan berat penyanyi tersebut kebanyakannya berlaku di bahagian perut. Mirkin percaya John juga menghidapi masalah lemak pada hati.

Katanya lagi, penyanyi berkenaan berisiko diserang sakit jantung gara-gara amalan gaya pemakanan yang tidak sihat.

John baru-baru ini tampil menjelaskan berhubung keadaan kesihatannya menerusi satu wawancara yang diadakan dalam program podcast, Deeney Talks.

Penyanyi berkenaan mengaku berdepan masalah berat badan bagaimanapun mendakwa berjaya mengawalnya dan kini berada dalam keadaan paling sihat.

“Kesihatan saya berada pada tahap memuaskan dan saya berasa sangat sihat.

“Tiada sebab untuk memperkatakan tentangnya, dan tiada sebab untuk ‘membebel’ kerana berat badan yang bertambah.

“Saya hanya perlu melakukan sesuatu tentangnya,” kata John.

John dalam wawancara berkenaan mendedahkan tidak suka melihat bentuk fizikalnya.

Justeru, beliau sentiasa mengelak untuk menonton dirinya di kaca televisyen ataupun membuat persembahan secara langsung di atas pentas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya