Bayaran haji naik , tetapi kekal untuk B40

Bayaran haji naik antara RM1,000 hingga RM3,000, tetapi kekal untuk B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bayaran haji seorang jemaah muassasah bagi kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) meningkat antara RM1,000 dan RM3000 pada tahun ini.

Ini menyaksikan kedua-dua kumpulan itu masing-masing perlu membayar sebanyak RM11,980 untuk kumpulan B40 dan RM15,980 bagi kumpulan (M40), manakala kumpulan berpendapatan tinggi melebihi RM15,000 sebulan perlu menanggung kos haji sepenuhnya sebanyak RM30,850 seorang.

AMRIN Awaluddin (tengah) ketika sidang akhbar di Menara TH.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin bagaimanapun berkata, kerajaan akan menanggung kenaikan kos haji sebanyak RM1,000 bagi kumpulan B40 yang mana jemaah hanya perlu membayar RM10,980 iaitu kadar sama kadar tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya