Bayar parkir guna kad debit tidak selamat - Ahmad Maslan

Bayar parkir guna kad debit tidak selamat – Ahmad Maslan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mengakui data pengguna yang menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran di tempat letak kereta tanpa tunai tidak selamat dan mudah diakses oleh penggodam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, data-data berkenaan boleh diakses hanya menggunakan perisian hasad (malware).

“Saya setuju apa yang disebut itu, jadi kita kena terus berhati-hati dan angka yang saya nyatakan dalam Dewan Rakyat mengenai penipuan scam untuk negara hampir 22,000 orang telah menjadi mangsa dan kerugian sekitar RM850 juta.

“Itu adalah satu angka yang tinggi dan kita harap sentiasa berhati-hati terutama menggunakan kad-kad yang boleh diakses menggunakan perisian khas terhadap akaun,” katanya dalam persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya yang ingin mengetahui sama ada data pengguna kad debit selamat dan terpelihara sekiranya membuat pembayaran di tempat letak kereta tanpa tunai.

Pada masa ini kebanyakan pengendali tempat letak kereta menggunakan kaedah tanpa tunai di beberapa lokasi yang memerlukan pelanggan membayar pendahuluan menggunakan kad debit sebelum menolak jumlah sebenar kadar bayaran mengikut tempoh perkhidmatan.

Dalam hal itu, beliau bimbang jika kaedah itu dibenarkan untuk digunakan secara meluas, pihak ketiga yang mengutip bayaran itu iaitu bukan dari agensi kerajaan dapat menggunakan data pengguna dengan mudah.

Mohd. Hisamudin berkata, berbeza dengan sistem bayaran kad Tounch N Go, pengguna rasa lebih selamat kerana tidak melibatkan akaun bank. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya