Banjir: Selangor teruskan misi di Johor - Utusan Malaysia

Banjir: Selangor teruskan misi di Johor

Banjir
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kerajaan Selangor sudah pun menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Johor sejak Sabtu lalu menerusi Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang diketuai Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN).

Bantuan barangan seperti makanan minuman, kit kebersihan, pakaian dan lampin pakai buang dihantar kepada mangsa dalam siri pertama misi tersebut ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana (Zon Selatan) di Muar sebelum diagihkan ke daerah-daerah lain.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, misi bantuan tersebut adalah atas dasar hubungan antara kerajaan negeri (G2G) dan pihaknya akan terus memantau bagi mengetahui keadaan dan keperluan semasa mangsa banjir di sana.

“Selepas ini Pengerusi Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Khairuddin Othman akan berhubung dengan rakan kongsinya di Johor untuk menghantar pasukan pembersihan dan (skuad) Pantas.

“Kalau ada keperluan terhadap peralatan dan penyelamatan kita juga bersedia sebab kita ada bot dan sebagainya tetapi, perlu dihubungi dan biasanya itu diurus tadbir oleh Kerajaan Persekutuan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya pada pada Program Jelajah Kita Selangor Penyayang di Banting Waterfront, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat dengan seramai 44,860 mangsa daripada 13,029 keluarga yang ditempatkan di 260 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi berbanding 42,704 semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, kesemua 10 daerah kembali terjejas akibat banjir disebabkan hujan berterusan yang telah memasuki hari keempat dengan Batu Pahat menempatkan paling ramai mangsa, 14,030 orang.

Dalam pada itu, UPBN Selangor memaklumkan sebanyak 1,000 makanan dan 1,000 kit kebersihan diserahkan termasuk 418 bakul makanan, 200 kampit beras lima kilogram, lampin pakai buang dewasa dan kanak-kanak, selipar, pakaian dewasa dan kanak-kanak, air mineral dan lain-lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya