Baju Melayu terlampau moden pun tak cantik juga - Aeril Zafrel - Utusan Malaysia

Baju Melayu terlampau moden pun tak cantik juga – Aeril Zafrel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru melancarkan koleksi baju Melayu, Soultan, pelakon, Aeril Zafrel berpendapat rekaan baju Melayu yang terlalu moden dan fancy tidak semestinya mampu menarik minat pembeli.

Jelasnya, rekaan tradisional yang disuntik dengan sedikit elemen moden lebih digemari peminat busana tersebut yang mahu tampak lebih kelakian.

“Saya sendiri peminat baju Melayu. Saya tak bersetuju bila rekaan baju Melayu terlalu fancy dan lari daripada elemen kemelayuan. Susah nak jual, mungkin tak laku. Tetapi mungkin dibeli oleh golongan tertentu.

“Bila nak buat baju Melayu ini, kita kena ambil kira dan kaji material, rekaan serta elemen tambahan melibatkan butang dan cutting,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran koleksi baharu Hijabistahub baru-baru ini.

Aeril mengulas berhubung satu pertunjukan fesyen baju Melayu yang tular di media sosial apabila menerima kecaman warganet yang kurang bersetuju dengan rekaan moden dan lari daraiapad keaslian busana tersebut.

Dalam pada itu, bercakap tentang kolaborasi dengan jenama tersebut, Aeril berkata, dia mengambil masa dua tahun sebelum bersetuju untuk bekerjasama menghasilkan koleksi baju Melayu, Soultan itu.

“Saya ini cerewet. Sebab itu bila ditawarkan untuk kolaborasi ini, saya fikir dahulu. Perlu ambil kira pelbagai aspek. Jualan, kredibiliti dan produk itu sendiri. Kolaborasi melibatkan nama baik ini, saya tidak boleh ambil mudah.

“Tetapi saya lihat, mereka adalah antara usahawan Melayu yang berjaya dan dipercayai. Jadi saya bersetuju.

“Bukan tak mahu keluar jenama baju Melayu sendiri, tetapi saya mahu fokus dengan perniagaan sedia ada,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya