Bahu cedera dihempap besi khemah akibat ribut - Utusan Malaysia

Bahu cedera dihempap besi khemah akibat ribut

EVI Yani Mohd. Sapri menunjukkan besi khemah yang menghempapnya ketika terperangkap dalam kejadian ribut di tapak karnival Aidilfitri di Taman Serai Wangi, Padang Serai di Kulim. – UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila bumbung khemah runtuh ketika dia sedang menyiapkan barangan jualan dalam kejadian ribut di tapak karnival Aidilfitri di Taman Serai Wangi, Padang Serai, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, Evi Yani Mohd. Sapri, 25, mengadu rasa sakit di bahagian bahunya akibat dihempap besi khemah ketika cuba menyelamatkan diri bersama rakannya, Ahmad Daud, 27.

“Secara tiba-tiba angin kuat dan beberapa buah khemah di hadapan gerai kami diterbangkan angin, saya bersama Ahmad berlari selamatkan diri. Ahmad berjaya keluar tapi saya tidak sempat kerana secara tiba-tiba khemah runtuh akibat dihempap khemah lain yang diterbangkan angin.

“Saya terperangkap di dalam khemah dan sakit pada bahagian belakang, Ahmad kemudian berlari masuk untuk mengangkat besi yang terjatuh itu bagi menyelamatkan saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jelasnya, ia pengalaman yang amat menakutkan dialaminya sepanjang bekerja sebagai pembantu kedai dan bersyukur tidak terjadi perkara lebih serius.

Peniaga pakaian, Nor Maizatul Aishah Kamarul Ariffin, 21, berkata, ketika kejadian dia bersama suami, Hamad Roni, 26, berada di dalam gerai dan hanya mengetahui kejadian ribut selepas melihat beberapa pekerja dan peniaga lain berlari menyelamatkan diri serta khemah diterbangkan angin.

“Selepas kami berdua keluar daripada lot gerai, separuh daripada khemah kami runtuh dan sebahagian baju Melayu yang dijual terkena air hujan. Baju yang masih elok kami akan ba­suh serta jual semula dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000,” jelasnya.

Seorang peniaga pakaian serta jeruk, Suhaimi Mohamad Junid, 36, berkata, dia dan isteri, Hazwani Abdul Hakim, 35, baru pertama kali menjalankan perniagaan di bazar raya itu.

“Semua peralatan serta stok bahan jualan baru dibeli. Ketika kejadian kami tiada di gerai ke­rana hanya beroperasi bermula pukul 5 petang. Kami hanya tahu kejadian itu melalui kumpulan WhatsApp peniaga,” katanya.

Menurutnya, dia menganggarkan kerugian RM200,000 apabila kesemua barangan jualan dan peralatan rosak dan belum memikirkan sama ada mahu menjalankan perniagaan di tempat lain atau barangan yang terkena air itu dilelong.

Sementara itu, wakil penganjur memaklumkan keseluruhan 26 khemah di bahagian lot barangan basah diterbangkan angin­ lalu menghempap sebahagian daripada 55 khemah di lot barangan kering. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya