Asyraf Wajdi komited ingin Mara sifar ketirisan, pembaziran

Asyraf Wajdi komited ingin Mara sifar ketirisan, pembaziran

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyatakan komitemennya untuk menjadikan ia sebagai agensi yang mempunyai sifar ketirisan dan pembaziran.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Undang-Undang institusi tersebut untuk membincangkan pelbagai perkara.

Menurut beliau, Mara perlu beroperasi dengan bebas tanpa sebarang bentuk ketirisan memandangkan ia merupakan institusi yang menggalas tanggungjawab untuk membangunkan pendidikan dan meningkatkan taraf ekonomi usahawan Bumiputera.

“Saya menyarankan supaya segala aspek pengoperasian institusi samaada dari segi perolehan, perbelanjaan, pelaksanaan agenda pembangunan keusahawanan dan pendidikan, mestilah bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan, korupsi, ketirisan apatah lagi pembaziran.

“Yang penting amanah harus digalas dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin barulah rezeki yang diperolehi mendapat Barokah lalu memberikan ketenangan serta kebahagiaan hidup diri kita mahupun seluruah anggota keluarga,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan melantik Asyraf Wajdi yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu sebagai Pengerusi Mara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya