KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu UMNO.
Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sejurus selepas mesyuarat pertama Majlis Kerja Tertinggi UMNO sesi baharu.
Asyraf Wajdi mengambil alih tanggungjawab Setiausaha Agung daripada Datuk Seri Ahmad Maslan, yang kini ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. – UTUSAN
BERITA LANJUT MENYUSUL