Anna Jobling tak perlu bodyguard

Anna Jobling tak perlu bodyguard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INSIDEN serangan terhadap pelakon, Kamal Adli yang dilibas dengan cota besi bertubi-tubi di sebuah acara ekspo di Singapura, minggu lalu, membuka mata semua pihak. 

Ancaman sedemikian sudah bersifat nyata dan bukan lagi mainan. Justeru, timbul persoalan adakah sudah tiba masanya golongan selebriti memasang bodyguard demi keselamatan? 

Adakah tanggungjawab memastikan keselamatan selebriti terletak di bahu pihak penganjur sepenuhnya?

Hangat Seminggu mengupas isu ini dengan mendapatkan pandangan artis popular.

Bagi pelakon cantik, Anna Jobling, menggunakan khidmat pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan ketika berada di kawasan umum bukan keutamaan dan keperluannya buat masa ini.

Kata Anna, dia lebih senang bergerak bebas, pergi ke mana sahaja tanpa ditemani pengawal keselamatan sepanjang masa.

“Tengok pada keadaan, contoh pada tahun lepas saya ditemani pengawal peribadi ketika menghadiri satu acara yang diadakan di Singapura. Tetapi, keperluan itu adalah untuk keselamatan.

“Bagi saya secara peribadi, saya tidak memerlukan pengawal peribadi untuk mengekori kemana saya pergi. Saya lebih selesa bergerak ke mana-mana tanpa dikawal.

“Tambahan lagi saya sentiasa ditemani rakan yang lain, jadi tak perlu untuk saya bertemankan pengawal peribadi,” ujarnya.

Kata Anna lagi, timbul kekhuatiran dalam dirinya berkaitan isu keselamatan lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan umum. 

Justeru dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak pergi ke kawasan yang tidak selamat dan sentiasa keluar ditemani rakan atau keluarga bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.

“Memang ada sedikit kerisauan, tapi ia berbalik kepada diri sendiri. Saya kena pandai jaga diri.

Sejujurnya, hidup saya banyak melibatkan tiga tempat iaitu  set penggambaran, pejabat dan rumah. Kadang kala keluar makan, itu sahaja.

“Tapi tipulah kalau tak risau, lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku kepada Kamal Adli di Singapura. Tapi Alhamdulillah, setakat ini tidak berlaku kepada saya.

“Apa pun, saya kena berjaga-jaga. Ia boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira ada pengawal peribadi ataupun tidak,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya