KANGAR: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis giat melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang ke atas pemilik premis yang gagal menguruskan sampah dan sisa buangan mereka dengan sebaiknya. Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan di bawah Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) 2018. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Fakhrul Anwar Ismail berkata, premis-premis yang terlibat dengan penguatkuasaan itu membabitkan bangunan komersial perindustrian di seluruh Perlis. “Usaha ini sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan janaan sisa di tong-tong pusat apabila pemilik premis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya