Ahmad Said bersyukur sekali lagi diberi amanah - Utusan Malaysia

Ahmad Said bersyukur sekali lagi diberi amanah

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersyukur apabila sekali lagi diberi amanah sebagai Ketua UMNO Bahagian Kemaman dalam pemilihan UMNO bahagian itu bagi sesi 2023-2026, hari ini. 

Ahmad yang menyandang jawatan itu selama 23 tahun berharap pelantikan tersebut akan mengukuhkan lagi UMNO bahagian itu. 

“Terima kasih kepada semua perwakilan UMNO Bahagian Kemaman 

“Tanpa anda semua siapalah saya. Mudah-mudahan UMNO Bahagian Kemaman akan terus diperkukuhkan, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya, malam ini. 

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kijal memenangi jawatan itu selepas mendapat sebanyak 401 undi. 

Sementara pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian itu pula memperoleh 286 undi.

Ahmad yang juga merupakan calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sejak tahun 2000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya