ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengakui terharu dengan kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk kembali memimpin UMNO Bahagian Alor Setar. Dalam masa sama, Ahmad Bashah sekali lagi menegaskan, beliau tidak berhasrat menjadi calon dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. Katanya, beliau tetap berpandangan peluang harus diberikan kepada muka-muka baharu ketika beliau sudah tidak berhasrat untuk mengejar apa-apa jawatan pada usia 73 tahun. “Saya sudah cakap tentang perkara ini sejak sebelum pemilihan lagi dan apabila sudah menang, saya tetap berpegang kepada pendirian itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya