Agong rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di  Labuan 

Agong rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di  Labuan 

YANG di-Pertuan Agong berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan. - FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan majlis pemasyhuran Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini. 

Menurut Istana Negara, Seri Paduka turut berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah.

“Usai menunaikan solat Jumaat, Seri Paduka berkenan mengurniakan sumbangan kepada masjid tersebut dan kepada golongan yang memerlukan bantuan.

“Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong ketika ini dalam rangka lawatan tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan bermula hari ini hingga 2 April,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 12.15 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd Na’im Mokhtar; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abd. Rahman; Senator Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan. 

Masjid yang mula dibina pada tahun 2019 di atas tanah seluas 2.56 hektar dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu boleh menampung seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya