ADUN Bukit Payung dikenakan waran tangkap

ADUN Bukit Payung dikenakan waran tangkap

MOHD. NOR HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd. Nor Hamzah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini, hari ini.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani mengeluarkan perintah itu terhadap Mohd. Nor setelah gagal hadir memberi keterangan bagi perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang.

Mahkamah sebelum itu menerima permohonan peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman yang memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Mohd. Nor.

Mahkamah Pilihan Raya negeri dalam prosiding Selasa lalu mengarahkan Mohd. Nor hadir semula ke hari ini bagi menyambung memberikan keterangannya.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan itu gagal menghadirkan diri dengan perbicaraan petisyen pilihan raya Marang akan disambung pada 19 Mac ini.

Pada 12 Februari lalu, bantahan awal Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang ditolak oleh mahkamah.

Hassan kemudian menetapkan 6 sehingga 21 Mac ini sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi perbicaraan petisyen berkenaan.

Badan Perhubungan UMNO Terengganu pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 untuk Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya