ADUN Bayu, Setiausaha Pas Kedah dipilih ke Dewan Negara

ADUN Bayu, Setiausaha Pas Kedah dipilih ke Dewan Negara

ABD. Nasir Idris (kiri) dan Musoddak Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bersetuju memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd. Nasir Idris bersama Setiausaha Perhubungan Pas Kedah, Musoddak Ahmad sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu mewakili negeri itu bermula 20 Mac ini. 

Mereka menggantikan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya dan bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz yang mengosongkan jawatan pada 1 November lalu sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Cadangan dua nama itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebelum disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri.

“Mewakili rakyat Kedah tercinta, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli dewan negara terdahulu untuk khidmat yang telah diberikan,” katanya. 

Dalam pada itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat memaklumkan, pihaknya hanya menerima cadangan dua nama tersebut untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Ahmad serta Othman.

“Saya mengambil kesempatan  ini untuk mengucapkan tahniah atas pemilihan Abd. Nasir dan Musoddak sebagai Ahli Dewan Negara bagi negeri Kedah bermula 20 Mac 2023. Semoga mereka berada dalam keadaan sihat untuk terus berkhidmat bagi membangunkan Malaysia dan Kedah,” katanya. 

Terdahulu, Juhari turut mengumumkan persetujuan gabungan pembangkang untuk melantik ADUN Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf dari PKR sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau menggantikan bekas ADUN Gurun yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang kini bertugas sebagai Speaker Dewan Rakyat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya