Abdul Azim tekad kembalikan sokongan anak muda terhadap UMNO - Utusan Malaysia

Abdul Azim tekad kembalikan sokongan anak muda terhadap UMNO

ABDUL Azim Abdullah (tiga dari kanan) beramah mesra bersama perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Arau sewaktu sesi pemilihan parti itu di Dewan Sivik Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Abdul Azim Abdullah,38, yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau tekad membantu parti itu bangkit semula khususnya dalam mengembalikan sokongan anak muda terhadap parti itu.

Justeru, pelbagai perancangan yang sedang dan telah diatur dalam menarik sokongan anak muda khususnya sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) dalam keadaan lebih mantap.

Selain itu, katanya, beliau juga mensasarkan untuk menambah semula keahlian jentera Pemuda UMNO susulan parti itu telah melalui proses pemutihan sebelum ini.

‘Kita juga lebih cenderung menggunakan pendekatan sukan bagi menarik sokongan golongan muda untuk bersama-sama UMNO khususnya di peringkat cawangan.

“Insha-Allah pendekatan yang akan kita bawakan ini bakal membantu UMNO untuk bangkit semula dan kembali diterima rakyat,” katanya selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau di Dewan Sivik Arau di sini hari ini.

Dalam pada itu, proses pemilihan sayap Pemuda UMNO Bahagian Arau yang bermula pada pukul 3 petang itu berjalan lancar di mana setiap perwakilan yang hadir turut berpeluang untuk membuang undi masing-masing.

ABDUL Azim Abdullah (kiri) melakukan proses pengundian sewaktu pemilihan sayap Pemuda UMNO di Dewan Sivik Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD.

Abdul Azim menang tanpa bertanding bagi pemilihan sayap Pemuda UMNO Bahagian Arau selepas beliau tidak dicabar oleh mana-mana calon lain pada kali ini.

Sebelum ini, jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau disandang oleh Syed Atif Syed Abu Bakar.

Dalam pada itu, Abdul Azim berkata, beliau berkeyakinan barisan pemuda UMNO mampu untuk bangkit semula malah hubungan antara setiap ahli juga semakin kukuh dalam memastikan pemerkasaan parti berkenaan.

“Inilah masa untuk kita bangkit semula dan kita akan cuba untuk tarik pengundi muda bersama UMNO selepas ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya