87 pemain dari enam negara rebut takhta ‘KGNS Kelana Queen’

87 pemain dari enam negara rebut takhta ‘KGNS Kelana Queen’

SHARIFAH Khatijah Syed Abdul Rahman (tengah) bersama trofi dan barisan penganjur kejohanan KGNS Kelana Queen Ladies Open 2023. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 87 pemain dari enam negara termasuk tuan rumah Malaysia sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan golf KGNS Kelana Queen Ladies Open 2023 yang bakal berlangsung pada 11 Mac ini.

Selain Malaysia, lima negara lain yang bakal memeriahkan kejohanan terbuka amatur wanita itu di Kelab Golf Negara Subang (KGNS) ialah Jerman, Kanada, Korea, Thailand dan Singapura.

Menurut Pengarah kejohanan, Sharifah Khatijah Syed Abdul Rahman, pihaknya menjangkakan seramai 100 akan menyertai KGNS Kelana Queen Ladies Open 2023 dan sasaran itu diharap dapat dicapai sebelum tarikh tutup penyertaan pada 5 Mac ini.

Katanya, KGNS Kelana Queen Ladies Open 2023 tahun ini dibuka kepada peserta luar susulan kejayaan kejohanan sulung KGNS Kelana Queen yang diadakan secara tertutup tahun lalu dan disertai hanya pemain-pemain golf amatur wanita dari kelab-kelab di negara ini.

LAPANGAN Kelana Course yang bakal menjadi medan kejohanan KGNS Kelana Queen Ladies Open 2023.

Ekoran sambutan yang menggalakkan, tambahnya, maka pihaknya memutuskan untuk mengadakan kejohanan KGNS Kelana Queen itu secara terbuka dan sambutan yang diterima daripada kelab-kelab golf luar negara amat baik.

“Dengan jenama-jenama besar sebagai penaja KGNS Kelana Queen tahun ini menjanjikan lebih prestij berbanding sebelumnya, dengan hadiah-hadiah menarik di samping cabutan bertuah dan cenderahati yang akan diedarkan percuma kepada setiap peserta.

“Lebih menarik, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Abdul Halim Mu’adzam Shah turut berkenan mengesahkan penyertaan pada kejohanan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika majlis pelancaran kejohanan KGNS Kelana Queen Ladies Open 2023 di KGNS, di sini kelmarin.

Pada kejohanan sulung tertutup tahun lalu, Ng Say Guat dari KGNS yang bermain dengan handicap 21 merekodkan 37 mata (stableford) untuk muncul johan sekali gus merangkul gelaran ‘Kelana Queen’.

Yuran penyertaan untuk ahli kelab RM150 dan bukan ahli kelab RM350. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya