87 cerun di Jalan Kuala Tahan-Mat Daling mendap

87 cerun di Jalan Kuala Tahan-Mat Daling mendap

KEADAAN mendapan tanah dan cerun runtuh hampir separuh jalan mengundang risiko keselamatan penduduk ketika melalui jalan antara Kampung Pagi ke Mat Daling di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Jalan raya antara Kampung Tuit, Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling di Ulu Tembeling di sini, mengalami kerosakan teruk ekoran mendapan di 87 kawasan cerun dan hakisan tanah sejak musim tengkujuh tahun lalu.

Kawasan cerun jalan berlaku mendapan, iaitu di jalan raya antara Kampung Pagi hingga ke Mat Daling selain terdapat permukaan jalan tidak rata sehingga kenderaan bergerak seolah-olah seperti ‘bot penambang menungkah sungai’ ketika melalui kawasan itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk Kampung Pagi, Mustapha Abdullah, 33, berkata, dua bulan selepas laluan itu dibuka pada 2007, sudah berlaku mendapan di beberapa kawasan cerun setiap kali musim hujan semasa hujung tahun.

“Tetapi, paling ketara selepas pandemik Covid-19 tiga tahun lalu banyak cerun mendap sepanjang jalan dari Kampung Pagi hingga ke Mat Daling akibat hakisan selepas hujan lebat. Malah ada tempat berlaku mendapan hampir separuh jalan.

“Keadaan ini membahayakan keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk menakutkan ketika berkenderaan pada waktu hujan lebat,” katanya di sini semalam.

Perkara itu turut diakui oleh penduduk Kuala Sat yang hanya mahu dikenali sebagai Badri yang berkata, tahap kerosakan dan mendapan semakin serius menyebabkan ada laluan tidak boleh dilalui kenderaan sekali gus menyusahkan orang ramai yang mahu berulang-alik ke bandar Jerantut.

Dia berharap kerajaan lebih cakna dan serius dalam usaha membaik pulih jalan tersebut dengan spesifikasi pembinaan lebih kukuh terutama di kawasan cerun yang kerap berlaku mendapan.

Pengunjung dari Lembah Klang, Rahman Maskoor, 45, pula terkejut apabila berkunjung kali kedua ke pusat ekopelancongan Kampung Kuala Sat dan mendapati keadaan mendapan cerun lebih teruk serta berlaku di banyak tempat.

“Sepatutnya ada pemantauan dan cepat dibaik pulih sekiranya berlaku mendapan untuk mengelakkan keadaan lebih teruk sehingga menggangu laluan kenderaan.

“Kali kedua berkunjung ke Ulu Tembeling, keadaan yang sama dan nampak beberapa kawasan tepi jalan berlaku mendapan teruk malah di kiri kanan jalan tetap ada semak-samun rumput, lalang dan pokok kecil yang tebal tidak diselenggarakan pembersihan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya