Seramai 8 pelajar daripada Sekolah Maahad Tahfiz AL Fadhni, Hulu Langat, Selangor menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) baru baru ini.
Semua calon terdiri daripada kumpulan ambilan pertama mengikuti program Fastrack SPM yang dianjurkan oleh sekolah terbabit.
“Cabaran utama calon adalah memberi tumpuan terhadap pelajaran.
“Pada masa yang sama mereka turut berusaha untuk melakukan ulangan hafazan 30 juzuk al-Quran.”
“ Biar pun berhadapan dengan kekangan kewangan namun tidak menjadi halangan barisan tenaga pengajar bekerjasama untuk menjayakannya,” kata jurucakap sekolah berkenaan.-utusan