60 syarikat gergasi bantu TVET

60 syarikat gergasi bantu TVET

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan telah meminta 60 syarikat gergasi termasuk multinasional menampung pembiayaan pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat berkenaan termasuklah Sunway Berhad, Berjaya Corporation Berhad, syarikat dalam Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) dan Telekom Malaysia.

Begitu juga dengan Kumpulan Syarikat Albukhary yang secara spesifik menawarkan untuk membantu mengambil alih TVET di Pekan, Pahang dan Tanjung Malim, Perak.

Jelas Anwar lagi, pendekatan itu sudah pasti bagi memberi peluang kepada syarikat berkenaan membantu rakyat secara langsung khususnya golongan muda dalam proses pengambilalihan, penyelenggaraan dan latihan menggunakan kos syarikat.

“Kita minta syarikat bantu secara langsung sama ada projek rakyat miskin, dan dalam kes ini secara khusus (membantu) TVET kerana TVET ini melatih anak muda kita, Melayu dan Bumiputera untuk tingkatkan kemahiran bagi mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan upah atau gaji lebih tinggi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) meminta Perdana Menteri menjelaskan jika terdapat syarikat besar lain yang menyumbang keuntungan kepada rakyat.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya