60 murid terima kelengkapan sekolah SWM Environment

60 murid terima kelengkapan sekolah sumbangan SWM Environment

AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir (tengah) bersama penerima kelengkapan sekolah dalam Majlis SWM Kasih Back To School di Dewan Flat Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 60 murid dalam kalangan keluarga yang memerlukan bantuan di kawasan Parlimen Johor Bahru, Johor menerima sumbangan kelengkapan sekolah, baru-baru ini.

Sumbangan daripada SWM Environment itu disampaikan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Yang hadir sama Timbalan Pengarah SWCorp Johor, Rafidah Mohamed dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin.

Majlis SWM Kasih Back To School itu diadakan di Dewan Flat Larkin, Johor Bahru. Sumbangan tersebut sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat SWM Environment bagi mengurangkan beban keluarga penerima. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya