42 premis makanan diarah tutup - Utusan Malaysia

42 premis makanan diarah tutup

Premis makanan
JKNS melakukan pemeriksaan terhadap premis makanan menerusi Operasi Premis Bersih (OPB) di sekitar Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan 42 premis makanan yang mempunyai urungan lipas, lalat dan tikus di Selangor mengundang padah apabila diarah tutup serta merta dalam tempoh tiga bulan tahun ini.

Kesalahan itu dikesan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi Operasi Premis Bersih (OPB) melibatkan pemeriksaan menyeluruh ke atas 673 premis makanan di semua daerah bermula Januari lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, operasi itu bertujuan memastikan premis bebas  pencemaran makanan dengan bahan cemar mikrobiologi atau toksik yang membahayakan kesihatan.

“Sebanyak enam peratus atau 42 daripadanya diarah tutup kerana dikesan berlaku urungan sekali gus mendapat markah merit rendah.

“Selain itu, sebanyak 462 Notis 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dikeluarkan dengan kompaun berjumlah RM287,200,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Jelas Sha’ari, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling merekodkan pemeriksaan tertinggi iaitu 138 premis termasuk tujuh yang diarah tutup.

“Semua pengusaha perlu memastikan premis dan produk makanan mereka mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan lain. Pengguna turut disaran menyalurkan maklumat kepada PKD terdekat atau  Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) dan Facebook JKNS,” jelasnya.

Tambahnya, JKNS sentiasa peka isu status keselamatan dan kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai terutama aspek kebersihan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya