33,540 Peranti Siswa diagih tahun ini - Utusan Malaysia

33,540 Peranti Siswa diagih tahun ini

Peranti Siswa
AHMAD Fahmi Mohamed Fadzil BERGAMBAR bersama beberapa mahasiswa yang menerima peranti Peranti Siswa pada Majlis Pengagihan serta perasmian MyDIGITAL KKD di UiTM Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 33,3450 Peranti Siswa diagihkan kepada mahasiswa yang layak oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam tempoh tiga minggu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, pemberian tersebut diberikan selepas kementerian menerima 474,311 permohonan sejak program tersebut diperkenalkan pada April tahun lalu.

“Kami membuat saringan kepada semua permohonan ini kerana mahu pastikan hanya yang benar-benar layak sahaja yang menerima peranti ini.

“Secara keseluruhan, seramai 359,742 mahasiswa dan pelajar dalam kelompok keluarga B40 yang sudah menerima peranti ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM450 juta.” katanya pada Majlis Pengagihan Peranti Siswa serta merasmikan MyDIGITAL KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau menambah, baki sebanyak 9,000 lagi akan diagihkan secepat mungkin.

Ahmad Fahmi menjelaskan, KKD akan mempertimbangkan sama ada akan meneruskan pada masa hadapan atau tidak.

“Kami dalam proses meneliti permohonan tambahan, padangan atau mungkin maklum balas, kritikan dan sebagainya. Pada waktu ini, kami mahu selesaikan baki pengagihan, tiba masa kita akan buat pengumuman,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya