24 penumpang terselamat, bas ekspres terbakar - Utusan Malaysia

24 penumpang terselamat, bas ekspres terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran bas ekspres di R&R Ladang Bikam dekat Bidor hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seramai 24 penumpang sebuah bas ekspres terselamat setelah kenderaan dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ladang Bikam arah utara dekat Bidor di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 3.45 petang itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Amirul Haikal Syafiq Nordin berkata, sembilan anggota diatur gerak ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.19 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres yang terbakar di tepi jalan.

“Bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands. Pemandu dan 24 penumpang bas dalam keadaan selamat.

“Anggota mengambil masa kira-kira 30 minit bagi memadam keseluruhan kebakaran. Bas terbakar kira-kira 80 peratus dan kita masih menyiasat anggaran dan punca kejadian,” katanya.

Tambah beliau, operasi yang tamat pukul 5.30 petang itu dibantu BBP Slim River dan Tapah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya