200 premis tawar Menu Rahmah di Selangor - Utusan Malaysia

200 premis tawar Menu Rahmah di Selangor

Menu rahmah Selangor
MOHD. ZAWAWI Ahmad Mughni menunjukkan Menu Rahmah ditawarkan sebuah premis di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Inisiatif Menu Rahmah menerima sambutan positif apabila sebanyak 200 premis makanan melaksanakannya di Selangor setakat ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut menjalankan sesi libat urus dengan 95 premis lain yang turut berminat menjayakan inisiatif tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, kesemua premis itu mendaftar dengan Direktori Menu Rahmah dan menyertainya secara sukarela bagi menyahut seruan kerajaan.

“Bagi premis yang sudah menjual menu pada harga RM5 atau ke bawah, mereka boleh menjenamakan semula menu itu sebagai Menu Rahmah. 

“Kerajaan negeri amat mengalukan premis yang mahu mengurangkan harga sedia ada tanpa mengubah kuantiti dan kualiti hidangan tersebut,” katanya selepas menyempurnakan Program Menu Rahmah Peringkat Negeri Selangor, hari ini. 

Terdahulu, beliau bersama Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey meninjau dua premis makanan di Seksyen 14 dan Seksyen 7 yang melaksanakan menu berkenaan.

Jelas Mohd. Zawawi, pihaknya menyokong sepenuhnya inisiatif  meringankan kos sara hidup rakyat itu terutama golongan yang mahu membeli makanan bermasak seimbang berharga RM5 dan ke bawah.

“Pelaksanaan program itu diharap terus mendapat sokongan pemain industri terutama pengusaha restoran di seluruh negeri ini.

Kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan KPDN juga akan dipergiatkan bagi memastikan mengurus ekosistem urusniaga dan mengharmonikan ekonomi,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai disaran melayari portal kementerian bagi menyemak senarai premis pilihan yang menyediakan menu berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya