SERAMAI 200 murid dan pelajar sekolah di daerah Gua Musang menikmati perkhidmatan gunting rambut percuma anjuran Rahmah di Masjid Razaleigh, Bandar Lama dengan kerjasama Brojaa Barber Shop semalam.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata murid dan pelajar yang hadir teruja untuk tampil lebih kemas pada penggal baharu persekolahan.
Imam Tua Masjid Razaleigh, Othman Saufi berkata, program julung kali itu adalah inisiatif pihaknya untuk meringankan beban ibu bapa menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan minggu hadapan.
“Biasanya, kos untuk gunting rambut murid dan pelajar bermula RM7 dan ke atas, tetapi pihak masjid memberikan perkhidmatan ini secara percuma. Baru-baru ini juga pihak masjid turut mengadakan program khatan secara percuma kepada lebih 100 kanak-kanak sebagai sumbangan kebajikan,” ujarnya. – UTUSAN