KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap 18,740 unit kuarters guru yang didapati kosong sehingga kini supaya tidak berlaku pembaziran. Timbalan menterinya, Lim Hui Ying berkata, secara keseluruhan terdapat sebanyak 47,947 unit kuarters guru dengan 29,207 unit sedang diduduki dan bakinya tidak diduduki. “Bagi kuarters guru yang tidak diduduki, kementerian telah melantik perunding hartanah bagi menjalankan kajian mengoptimumkan penggunaan kuarters guru tidak berpenghuni di seluruh negara. “Skop kajian adalah merangkumi cadangan penyelesaian bagi mengoptimumkan kuarters kosong di seluruh negara. Kajian ini dijangka selesai pada akhir April 2023,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya