PETALING JAYA: Seramai 1,700 artis terdiri daripada penyanyi, pelakon dan pemuzik menerima bantuan daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) bagi menjaga kebajikan mereka. Presiden YKAT, Datuk DJ Dave berkata, antara bentuk bantuan yang diterima ialah wang tunai yang diberikan secara one-off serta sumbangan khas lain sempena perayaan tertentu. Daripada jumlah itu, katanya, seramai lapan artis terpilih menerima pencen bulanan sebanyak RM500 kerana menghidap penyakit kronik seperti kanser sehingga menyebabkan mereka hilang punca pendapatan. “Antara penerima pencen tersebut ialah bekas pemain dram kumpulan rock legenda Search, arwah Yazit Ahmad yang menghidap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya