KUALA LUMPUR: Hari ini kira-kira 160,000 perwakilan UMNO seluruh negara akan menentukan tiga naib presiden parti itu yang akan dipilih bagi sesi 2023/2026 dengan lapan calon bertanding merebut jawatan tersebut. Keputusan itu dilihat penting sebagai sebahagian proses pemulihan UMNO yang tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu. Tiga calon yang dipilih sama ada dikaitkan dengan propresiden atau tidak, bakal menggalas tugas berat untuk menentukan hala tuju parti dan menarik semula sokongan pengundi Melayu. Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 menyaksikan lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden parti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya