120 pemain jayakan kejohanan golf Tun Ghafar Cup 

120 pemain jayakan kejohanan golf Tun Ghafar Cup 

PARA peserta bergambar sebelum memulakan kejohanan golf Tun Ghafar Cup di Kelab Golf Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 120 pemain golf amatur tempatan menjayakan kejohanan golf merebut trofi Tun Ghafar Cup di Kelab Golf Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini baru-baru ini.

Kejohanan julung kali itu diadakan bagi mengenang jasa bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba terhadap pembangunan negara dan juga sumbangannya dalam industri golf pada era 80-an.

Menurut anak Allahyarham, Datuk Tamrin Abdul Ghafar, berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima daripada peserta, beliau mengesahkan bakal mengadakan kejohanan yang sama siri 2 di Kelab Golf Ayer Keroh, Melaka pada 18 Februari 2024.

Kamarulzaman Abu Samah menerima hadiah juara gross yang disampaikan oleh Dr. Mahathir Mohamad sambil ditemani Tamrin Ghafar.

“Saya amat berpuas hati melihat kepada sambutan dan perjalanan kejohanan yang lancar dan teratur. Terima kasih kepada Golfer Dock yang diketuai Rasshi dan pasukannya yang menguruskan kejohanan ini dengan jayanya. Begitu juga kepada Utusan Online yang turut membantu mempromosikan kejohanan ini. 

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudi datang ke majlis makan tengah hari dan penyampaian hadiah kepada para pemenang,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis penyampaian hadiah di Kelab Golf Rahman Putra, baru-baru ini.

Tamrin juga turut menghargai para penaja seperti DRB Hicom, Concorde Hotel, Golfer Dock, Asian Pax, KBS, Genting Malaysia, Kebun Rimba, Jamumall.com, Vega, Indi dan GreenLine Ventures (Organizer).

Sehubungan kejayaan itu juga, Tamrin turut bercadang untuk mengadakan menjadikan kejohanan golf Tun Ghafar Cup itu sebagai kejohanan bersiri pada tahun 2025.

Pada kejohanan sulung itu, pemain dari Kelab Rahman Putra, Kamarulzaman Abu Samah muncul juara gross dengan 74 pukulan 2 di atas par, sekali gus merangkul trofi Tun Ghafar Cup.

Sementara itu bagi kategori A dimenangi oleh Ali dengan 39 mata, manakala kategori B milik Dr. Azman Mahmud (38 mata) dan C Bintang Lee (37 mata). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya