106 pasukan penguat kuasa ditubuh pantau premis makanan - Utusan Malaysia

106 pasukan penguat kuasa ditubuh pantau premis makanan

DR. Kasemani Embong (dua, kanan) menasihati peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan makanan semasa melakukan pemantauan keselamatan makanan di Bazar Ramadan Gong Badak, Kuala Nerus, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menubuhkan sebanyak 106 pasukan yang terdiri daripada seramai 366 anggota penguat kuasa untuk menjalankan pemantauan di premis makanan pada Ramadan ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, anggota penguat kuasa tersebut akan melakukan pemeriksaan di bazar Ramadan untuk memastikan peniaga sentiasa menjaga kebersihan makanan dan minuman serta mematuhi peraturan-peraturan lain yang ditetapkan.

Menurutnya, sebanyak tujuh kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan  peniaga di bazar Ramadan sebanyak Khamis lalu.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan peniaga menggaji pengendali makanan yang tiada latihan dan suntikan anti tifoid.

“Kesemua kompaun yang bernilai RM1,100 itu dikeluarkan oleh anggota pengaut kuasa di daerah Dungun,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan ke Bazar Ramadan Gong Badak di sini, semalam.

Pada tahun ini, terdapat sebanyak 3,941 petak niaga di 61 lokasi Bazar Ramadan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kesemua lapan daerah di Terengganu melibatkan 7,914 pengendali makanan.

Selain itu, Dr. Kasemani berkata, pihaknya juga akan meneruskan pengambilan sampel makanan secara rawak di setiap bazar Ramadan dan premis makanan lain untuk memastikan berada dalam keadaan bersih dan selamat kepada pengguna.

“Selain itu, kita juga menjalankan pemeriksaan di pasar raya, kedai runcit dan lain-lain pembekal bahan mentah bagi memastikan stok bahan tersebut adalah bersih dan selamat sebelum sampai ke tangan pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya