SEBANYAK 1,850 unit Rumah Pahang bernilai RM120, 000 kini ditawarkan kepada generasi baharu Felda di 10 lokasi di negeri ini.
Rumah Pahang sebelum ini dikenali Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dijangka siap Disember tahun ini.
Tapak projek terlibat di Felda Jengka 6 (10 unit), Felda Kampung Awah (56 unit), Felda Jengka 1 (120 unit), Felda Jengka 11 (180 unit), Felda Bukit Tajau (100 unit), Bukit Sagu (300 unit) dan 400 unit di Felda Keratong 7, Rompin.
Tiga tapak lain di Felda Sungai Retang (400 unit), Felda Kota Gelanggi 2 (144 unit) dan 50 unit di Felda Jengka 12.
Pengarah Urusan KMDI Holdings, Datuk Azjuriyahti Azlan berkata, syarikat itu berkolaborasi dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), mengambil alih pembinaan 1,850 unit Rumah Pahang terbabit bermula Ogos tahun lalu.-utusan