Zambri cabar Ahmad Bashah di Alor Setar

Zambri cabar Ahmad Bashah di Alor Setar

ZAMBRI MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Zambri Mat mengesahkan akan bertanding merebut jawatan itu pada pemilihan parti 2023-2026.

Pengumuman Zambri melalui Facebook miliknya sekali gus bakal menyaksikan pertembungan dengan bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang turut mengesahkan penyertaan, baru-baru ini.

Zambri berkata, beliau berhasrat menjadi pemimpin di bahagian berkenaan dengan tujuan untuk membantu parti mengembalikan semula kepercayaan yang hilang sebelum ini.

“Saya menawarkan diri sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar untuk berkhidmat dan meneruskan bakti kepada parti biarpun pada saat parti tidak berada dalam kedudukan terbaik dan dianggap jauh daripada nurani orang Melayu,” katanya di sini, hari ini.

Pada Rabu lalu, Ahmad Bashah yang juga bekas Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah mengesahkan mahu kembali merebut jawatan yang pernah disandangnya.

Ahmad Bashah melalui wakilnya menghantar borang pencalonan di Pejabat UMNO negeri di Bangunan Tunku, di sini sehari sebelum itu.

Beliau menjelaskan kepulangannya ke arena politik bukan bertujuan untuk merebut sebarang jawatan tetapi cuma berhasrat untuk kembali membantu memperkukuhkan parti seperti dulu.

Katanya, tiada apa yang mahu dikejarnya dalam dunia politik pada usia yang kini menjangkau 73 tahun dan penyertaannya ke UMNO Bahagian Alor Setar itu dibuat memandangkan jawatan ketua yang sememangnya kosong sejak tahun lalu.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Yusof Ismail digantung keahlian parti selama enam tahun yang menyebabkan beliau tidak dapat bertanding pemilihan parti bagi mempertahankan jawatan yang dimenanginya pada 2018. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya