Warga Yadim diketengah sebagai penceramah agama

Warga Yadim diketengah sebagai penceramah agama

ZAMRI Zainal Abidin (tengah) menerima nota serah tugas daripada Tuan Kamarul Arief Tuan Soh (kiri) di Yadim Putrajaya.. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mahu setiap warganya diketengahkan sebagai penceramah agama selain mendapat tauliah mengajar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Zamri Zainal Abidin berkata, bagi mencapai hasrat itu, setiap kakitangannya akan diberikan latihan bersesuaian sebelum didedahkan dengan pentas ceramah agama.

Menurutnya, mereka akan dilatih di pusat latihan Yadim terlebih dahulu sebelum memohon untuk mendapat tauliah mengajar daripada majlis agama Islam negeri.

“Kami akan dedahkan mereka dengan siri-siri tazkirah agama di pejabat Yadim sama ada di ibu pejabat dan negeri-negeri.

“Kita hanya fikir untuk melahirkan penceramah agama dari luar sedangkan kakitangan Yadim sendiri boleh diketengahkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Yadim yang diterima daripada Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zamri berkata, beliau akan meneruskan misi Yadim sebelum ini berdasarkan tiga teras utama iaitu pendidikan, kebajikan dan sosial.

Zamri yang juga bekas Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri dilantik memegang jawatan itu bermula Rabu lalu menggantikan Tuan Kamarul Arief yang sebelum ini berkhidmat di badan dakwah itu sejak 2019.

Sebelum dilantik sebagai Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Zamri pernah menjawat jawatan Setiausaha Kanan kepada Exco Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya