Warga emas nyaris maut, rumah terbakar - Utusan Malaysia

Warga emas nyaris maut, rumah terbakar

Warga emas maut
QUEK Chang Kang (gambar kecil) mengalami kecederaan di lengan dan muka selepas terlibat dalam kebakaran sebuah rumah kedai dekat Jalan Bendahara, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang warga emas nyaris maut apabila rumah kedainya terbakar dalam satu kejadian di Jalan Bendahara, di sini, hari ini.

Mangsa, Quek Chang Kang, 66, bagaimanapun mengalami kecederaan pada bahagian lengan serta muka dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kebakaran rumah kedai itu kira-kira pukul 1.56 petang.

“Seramai 15 orang anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.04 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba terus menyelamatkan mangsa memandangkan kebakaran dibantu dipadamkan oleh orang awam. Mangsa kemudian dibawa ke HTAR oleh ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan maklumat daripada keluarganya, Norazam berkata, Chang Kang tinggal seorang diri semasa kejadian berlaku.

“Ketika ini, anggota bomba sedang melakukan pemeriksaan bagi memastikan kebakaran terpadam sepenuhnya. Kebakaran itu tidak melibatkan struktur bangunan dan hanya sofa di bahagian ruang tamu sahaja yang terbakar,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya