KUALA LUMPUR: Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) diarah menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh).
Arahan itu dibuat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau selepas Poay Tiong mendakwa Muhyiddin terlibat dalam pemberian kontrak kerajaan kepada menantunya.
“Kita semua satu Malaysia sudah tahu, telah disiarkan dalam suratkhabar bahawa MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tengah menyiasat anak menantu Pagoh. Ini satu dunia (sudah) tahu,” menyiasat menantu Pagoh. Seluruh dunia tahu perkara ini.
“Mengikut laporan surat khabar bahawa menurut sumber berita, anak menantu Pagoh (sedang) disiasat oleh MACC,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mencabar Poay Tiong mengulangi sebahagian ucapannya, lantas dia berkata bekas menteri pada ketika itutelah memberikan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada anak menantunya.
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan ahli Parlimen pembangkang, lantas Lau meminta Poay Tiong memperjelas kenyataannya dari akhbar mana yang dipetiknya serta tarikh laporan itu disiarkan.
Ia kemudiannya dibantu RSN Rayer (PH-Jelutong) yang memetik laporan sebuah akhbar bertarikh 9 Februari, namun Awang Hashim (PN-Pendang) mencelah dengan menegaskan yang Muhyiddin telah menafikan tuduhan tersebut.
Muhyiddin yang merupakan bekas Perdana Menteri kemudiannya diminta Lau untuk memberikan penjelasannya sekali gus beliau mengulangi penafiannya.
“Saya dah sebut hari itu. (Ini) pembohongan, fitnah, tak betul, tuduhan berat nak jatuhkan saya dan maruah keluarga saya.
“Hanya kerana YB (kamu) baca surat khabar, surat khabar sekarang ini pun macam-macam sangkaan buruk, fake news (berita palsu).
“Saya nak jelaskan di sini bahawa itu tidak benar. Bahawa keputusan jawatan kuasa pemilihan secara tender terbuka, bukan syarikat milik anak menantu saya,” katanya. – UTUSAN