Unimap terima gelanggang woodball - Utusan Malaysia

Unimap terima gelanggang woodball

ZALIMAN Sauli (dua dari kanan) memukul bola woodball di gelanggang baharu di Kampus Alam Pauh Putra di Arau, Perlis semalam. - UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menerima gelanggang woodball dianggarkan bernilai RM500,000 di Kampus Alam Pauh Putra di sini.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, gelanggang dengan 12 fairway itu adalah yang pertama memenuhi piawaian standard bagi sukan itu di negeri ini.

“Pihak universiti akan terus memainkan peranan mempromosi sukan woodball di Malaysia bagi menarik minat orang ramai menyertai permainan tersebut.

“Walaupun terdapat persatuan woodball negeri, pihak Unimap juga akan terus membantu mempromosikan sukan itu di bawah inisiatif Pro Canselornya, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan berharap sukan ini dimasukkan dalam salah satu acara sukan utama di negara ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Gelanggang woodball yang mempunyai pelbagai tahap kesukaran itu pada mulanya dibina oleh Jabatan Belia dan Sukan negeri pada Julai 2018 dan siap sepenuhnya pada Disember tahun yang sama.

Pada asalnya gelanggang itu dibina sebagai persediaan untuk Kejohanan Woodball Piala Dunia 2020 yang dijadualkan berlangsung di Perlis namun ditangguhkan akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Menurut Zaliman, beberapa pihak kini sedang berusaha agar Kejohanan Woodball Piala Dunia diadakan di negeri ini dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Katanya lagi, Unimap juga pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Universiti Dunia ke-4 pada 2014 dan berharap dapat menganjurkan semula kejohanan woodball antara universiti peringkat antarabangsa dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya