UMNO Selangor umum calon bertanding pusat - Utusan Malaysia

UMNO Selangor umum calon bertanding pusat

UMNO Selangor
MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMNO Selangor memaklumkan empat pemimpinnya akan diangkat untuk bertanding dalam pemilihan parti bagi jawatan dalam Pemuda UMNO peringkat pusat dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Nama dicadangkan adalah, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang akan bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sementara tiga lagi iaitu Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunus; Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Johan Abd. Aziz dan Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Rosni Sohar, masing-masing akan bertanding ahli MKT.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, cadangan tersebut adalah setakat hari ini dan beliau masih menerima sesiapa yang berhasrat untuk bertanding pada peringkat pusat.

“Sesiapa yang berhasrat untuk bertanding di peringkat pucuk pimpinan sayap-sayap ataupun MKT, menyatakan hasrat supaya kita boleh membawa nama dan dipersetujui peringkat negeri.

“Bukanlah dua nama sahaja, lepas ini kalau ada sesiapa yang berhasrat boleh kita putuskan dan kita bawa secara semangat negeri,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut maklumkan UMNO Selangor melantik Datuk Salamon Selamat, sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan peringkat negeri ini dan memantau perjalanannya.

Menurutnya, penetapan pemilihan selaras dengan arahan daripada UMNO pusat yang menetapkan 1 hingga 28 Februari untuk memulakan pemilihan peringkat cawangan, pemilhan kepimpinan sayap peringkat bahagian dan pusat.

Kemudian, pada 18 Mac, akan diadakan pemilihan kepimpinan peringkat bahagian dan jawatankuasanya serta kepimpinan di peringkat pusat.

“Pada pagi tadi, diadakan taklimat kepada kesemua 22 setiausaha UMNO bahagian dan tidak ada satu pun bahagian yang terkecuali hadir untuk mendengar taklimat tatacara dan etika pemilihan

“Pada petang ini, saya memaklumkan kepada semua pimpinan bahagian, hasil daripada taklimat tersebut untuk nanti diperbincang dan diperhalusi peringkat bahagian agar segala tataetika dan tatacara ini dipatuhi supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya