Tular video kes gaduh: Dua suspek lelaki ditahan di Bentong - Utusan Malaysia

Tular video kes gaduh: Dua suspek lelaki ditahan di Bentong

TANGKAP layar Pergaduhan yang dimuatkan dalam rakaman video pada 23 Januari lalu di hadapan Pasar Bentong di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis menahan dua lelaki warga tempatan berusia 21 dan 22 tahun berikutan penularan rakaman video kejadian pergaduhan yang berlaku pada 23 Januari lalu di sebuah pasar di bandar ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, menerusi video tular di laman sosial milik ‘Aung Phyo Thu’, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi dan polis menahan dua suspek tersebut pada 25 Januari lalu, pukul 3.45 petang.

“Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 18 yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur sudah membuat laporan polis pada 23 Januari lalu pada pukul 4.13 petang.

“Siasatan awal polis mendapati, mangsa dan abangnya dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di hadapan Pasar Bentong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kedua-dua suspek dalam kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, sekiranya disabit kesalahan mereka berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Saya berterima kasih atas kerjasama masyarakat di daerah ini kepada polis kerana menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditahan.

“Pihak polis juga memohon kerjasama daripada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes ini masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya