Tuan Ibrahim mohon maaf dakwaan titah Agong disedia kerajaan

Tuan Ibrahim mohon maaf dakwaan titah Agong disedia kerajaan

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man memohon maaf berikutan kenyataannya berhubung ‘titah diraja Yang di-Pertuan Agong seperti disediakan kerajaan’.

Tanpa mahu memanjangkan isu tersebut, katanya, beliau telah memberi penjelasan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengenai perkara itu.

“Untuk maklumam Dewan saya adakan pertemuan dengan Speaker dan saya telah berikan beberapa penjelasan berhubung dengan beberapa kekhilafan berlaku. Saya fikir perkara ini tidak perlu kita panjangkan kerana kita banyak isu-isu penting.

“Jadi saya fikir jika timbul kekhilafan, saya mohon maaf dan kita teruskan kepada agenda lebih penting untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Kenyataan itu disambut positif oleh Speaker dengan menjelaskan semangat itulah yang dimahukan oleh semua pihak.

Katanya, perkara itu telah dimaklumkan kepadanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya