Timbalan menteri berperanan penting gubal dasar kerajaan

Timbalan menteri berperanan penting gubal dasar kerajaan

ANWAR Ibrahim bersama timbalan menteri semasa Pemukiman Timbalan-Timbalan Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. - FACEBOOK LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua timbalan menteri bukan sahaja mempunyai tugas penting menyampaikan mesej kerajaan, tetapi memberikan peranan dalam menggubal dasar kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong berkata, Perdana Menteri menyampaikan pesanan itu ketika Pemukiman Timbalan-Timbalan Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut Chin Tong, Anwar yang meluangkan masa lebih sejam setengah bersama semua timbalan menteri dan mereka turut mengemukakan pandangannya. 

“Antara lain beliau menyatakan betapa pentingnya tugas timbalan-timbalan menteri menyampaikan mesej serta keutamaan kerajaan kepada rakyat dan peranan mereka dalam menggubal dasar-dasar kerajaan

“Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tuan rumah telah berdialog santai dengan kami bagi membincangkan usaha menyelaraskan idea, mengukuhkan silaturahim serta membantu pentadbiran kerajaan perpaduan dengan lebih baik dan cekap. 

“Perbincangan seperti ini sangat penting bagi membantu pihak pentadbiran untuk memahami falsafah dan idea-idea di sebalik keputusan-keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan agar lebih berkesan apabila diperjelaskan kepada umum,” katanya dalam satu hantaran Facebook beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya