Tiga nelayan haram Myanmar dicekup 'lalok' dadah - Utusan Malaysia

Tiga nelayan haram Myanmar dicekup ‘lalok’ dadah

Nelayan Myanmar
TIGA nelayan itu yang ditahan di sekitar perairan Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Tiga nelayan warga Myanmar bukan saja menangkap ikan secara haram selama dua hari malah disyaki ‘lalok’ dadah di sekitar perairan Sekinchan, Sungai Besar di sini, kelmarin.

Kesemua lelaki terdiri daripada seorang tekong serta dua kru berusia 33 hingga 41 tahun itu dicekup pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika menaiki sebuah bot pukul 10.40 pagi dan menemukan sejumlah dadah disyaki jenis syabu dan peralatan menghisap bahan haram itu.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot nelayan kelas B1 itu dikesan pihaknya kira-kira 13 batu nautika barat daya Sekinchan dan siasatan siasatan awal mendapati tiga warga asing itu menjalankan aktiviti perikanan selama dua hari dan kesemua mereka dalam keadaan khayal.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua keratan penyedut minuman, satu plastik mengandungi bahan disyaki syabu seberat lima gram dan bong kaca di tempat tidur tekong.

“Selain itu, ikan seberat 100 kilogram (kg) dan peralatan perikanan iaitu pukat tunda ditemui atas bot tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Siva Kumar, kesemua lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah itu dibayar RM70 sehari untuk bekerja di bot berkenaan.

“Mereka bersama bot dan bahan terlarang itu dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya