Tiga lelaki warga India ditahan bantu kes bunuh

[Kemas Kini] Dibunuh kerana jalin hubungan intim dengan kekasih kawan

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menjalin hubungan intim dengan kekasih kawan sendiri dipercayai menjadi punca kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui di sebuah tasik di Cyberjaya, malam Sabtu lalu.

Susulan itu polis menahan tiga lelaki warganegara India bagi membantu siasatan, masing-masing berusia antara 23, 41 dan 52 tahun.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dua suspek ditahan pukul 8 malam semalam di hadapan rumah Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Kampung Sri Aman Puchong, manakala seorang lagi suspek ditahan awal pagi tadi di Taman Puchong Prima.

“Kami berjaya merampas tiga unit telefon pintar daripada dua suspek bagi tangkapan pertama. Selain itu, sebilah parang, sehelai seluar jenama Elmer warna hijau dengan kesan darah dan sehelai baju lengan panjang dirampas daripada suspek ketiga.

“Parang berkenaan ditemukan di sebuah kandang lembu di bawah Jambatan Lebuhraya Lingkaran Putrajaya-Cyberjaya oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sepang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, soal siasat terhadap suspek mendapati, suspek berusia 23 tahun mengaku terlibat membunuh si mati, manakala dua lagi suspek tidak mengaku bersalah.

Jelasnya lagi, ketiga-tiga suspek bekerja di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Sri Aman, Puchong, manakala salah seorang suspek pernah membantu si mati membersihkan kandang lembu.

Wan Kamarul Azran berkata, kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 19 Februari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Menurutnya, proses bedah siasat mayat dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Serdang, pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah tasik di belakang Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya dengan lima kesan tetak di bahagian kepada dan tangan.

Mangsa ditemukan tidak jauh daripada sebuah kereta pacuan empat roda yang turut terjunam ke dalam tasik sama.

Siasatan awal mendapati, mangsa adalah warga tempatan berusia 43 tahun dan berasal dari Puchong, Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya