Tiada rakyat Malaysia terlibat  gempa dahsyat di Iran

Tiada rakyat Malaysia terlibat  gempa dahsyat di Iran

CANSERI Kedutaan Besar Malaysia di Teheran, Iran. - IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada warga Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam gempa bumi kuat di wilayah barat laut Iran, Ahad lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, maklumat terbaharu berkenaan turut disahkan Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota republik Islam itu, Teheran. 

“Bagaimanapun, Kementerian Luar masih lagi memantau rapat perkembangan pasca bencana alam itu yang mengakibatkan tiga orang maut dan 816 cedera,” katanya. 

Gempa berukuran 5.9 skala Magnitud itu melanda Wilayah Azerbaijan Barat berdekatan sempadan dengan Turkiye pukul 9.44 malam waktu Iran (1.44 pagi Ahad waktu Malaysia). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya