THT kekal rekod tanpa kalah, menang bergaya ke atas ATM 5-1 - Utusan Malaysia

THT kekal rekod tanpa kalah, menang bergaya ke atas ATM 5-1

PEMAIN Terengganu THT, Faisal Saari (kanan) diasak oleh pemain ATM pada aksi MHL 2023 di Stadium Hoki MBKT, Kuala Terengganu, petang tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengatasi ATM 5-1 pada perlawanan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan THT merampas tangga teratas MHL buat seketika sebelum aksi Maybank dan Nurinsafi Sporting pada sebelah malam ini.

THT membuka tirai jaringan melalui pukulan sudut penalti Jang Jonghyun pada minit kelima sebelum Shahrin Izzuddin Shamsuri melebarkan kelebihan, enam minit kemudian.

Kem tuan rumah terus ceria apabila pemain kebangsaan, Shello Silverius berjaya memperdaya penjaga gol lawan untuk mudah menolak masuk gol ketiga THT pada minit ke-28.

Setelah ketinggalan 0-3, ATM berjaya merapatkan jurang menerusi tindakan susulan Amirul Hanis Abdul Aziz (m-37) berpunca gerakan sudut penalti namun gagal mencipta kebangkitan pasukan pelawat itu.

THT sebaliknya semakin garang setelah Shello menyambar hantaran Arif Syafie Ishak dari tengah padang pada minit ke-55 untuk menjadikan kedudukan selesa 4-1.

Ketua pasukan, Mohd. Fitri Saari melengkapkan kemenangan bergaya hasil pukulan kencang pada minit ke-58 sekaligus memastikan tiga mata mutlak menjadi milik THT.

Skuad kendalian jurulatih Korea Selatan, Seo Jongho itu kini mengutip 16 mata dengan lima kemenangan serta satu keputusan seri dan akan bertemu Young Tigress, Khamis ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya