THT belasah TNB Thunderbolts 8-1  - Utusan Malaysia

THT belasah TNB Thunderbolts 8-1 

PEMAIN THT, Mohammad Akhimullah Anuar Esook (tengah) diasak oleh pemain TNB Thunderboalts pada aksi MHL 2023 di Stadium Hoki MBKT, Kuala Terengganu, petang tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Terengganu (THT) membelasah TNB Thunderbolts 8-1 pada perlawanan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, sebentar tadi.

Pesta jaringan tuan rumah dimulakan menerusi jaringan padang Muhammad Marhan Jalil pada minit kelapan disusuli tolakan mudah Shello Silverius pada minit ke-13.

Ketinggalan dua gol, TNB Thunderbolts merapatkan kedudukan pada minit ke-21 hasil pukulan sudut penalti Akmal Azaman menewaskan penjaga gol, Hafizuddin Othman.

Hanya seminit kemudian THT menambah jaringan melalui pukulan ‘reverse’ penyerang sensasi, Faizal Saari yang menerima umpanan Mohd. Fitri Saari dari sebelah kiri.

Pemain bintang Korea Selatan, Jang Jongyun membawa kedudukan 4-1 hingga tamat separuh masa setelah menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-24.

TNB Thunderbolts semakin tertekan apabila Jonghyun meledak lagi pada minit ke-50 juga melalui pukulan sudut penalti untuk meletakkan THT selesa mendahui 5-1.

Gol keenam tuan rumah terhasil selepas gerakan solo Jonghyun berjaya disudahkan oleh Mohd. Fitri (m-57) sebelum pemain Korea Selatan itu melengkapkan hatrik pada minit ke-59.

Faizal menambah duka pasukan lawan hasil jaringan kelapan melalui gol padang pada hujung permainan sekaligus memastikan kemenangan 8-1 memihak THT.

Juara bertahan MHL itu mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan untuk mencabar Maybank manakala TNB Thunderbolts kekal di tempat keenam dengan empat mata. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya