Tewas PRU15, Abdul Rani mahu tanding PRN - Utusan Malaysia

Tewas PRU15, Abdul Rani mahu tanding PRN

Abdul Rani
ABDUL RANI KULUP ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah umum menawarkan diri untuk bertanding kawasan dekat kediamannya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Jun nanti.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) memaklumkan berhasrat bertanding di sana dan menyifatkan Gombak bukan asing baginya apabila sudah berkhidmat kepada masyarakat di sana sejak 2010.

“Saya hendak bertanding untuk membantu masyarakat di Gombak Setia sebagaimana yang dilakukan lebih sedekad lalu. Pelbagai golongan pernah saya bantu.

“Walaupun tidak bergelar wakil rakyat, perjuangan membantu rakyat tetap diteruskan meskipun tidak terpilih (sebagai wakil rakyat),” katanya ketika ditemui, hari ini.

Abdul Rani sebelum ini bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Port Dickson, bagaimanapun sekadar peroleh 441 undi dan tewas kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam pertembungan lima penjuru.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan keputusannya untuk bertanding lagi dalam pilihan raya adalah kerana hendak menabur bakti kepada rakyat, bukan sebaliknya mengejar publisiti semata-mata.

“Saya tidak boleh berdiam diri jika melihat rakyat dalam kesusahan. Kita biasa bersama dengan masyarakat dan memahami penderitaan mereka. Saya berharap 45,000 pengundi Gombak Setia akan memilih saya pada PRN nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya