Terkilan gagal selamat rakan lemas

Terkilan gagal selamat rakan lemas

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas untuk dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang pemuda terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan rakannya yang lemas walaupun berada pada jarak dekat ketika mereka mandi di Pantai Tanjung Rhu, di sini.

Jafry Ja’far, 20, berkata, dia sedang berenang bersama mangsa, Muhammad Fahmi Hafizi Zulkifli, 20, dan beberapa rakan lain dalam kejadian pada pukul 6.50 petang kelmarin.

Katanya, ketika sedang berenang itu, mereka dapat merasakan keadaan angin secara tiba-tiba bertukar menjadi kuat dan cuba berenang untuk berpatah balik ke kawasan pantai.

“Tetapi angin terlalu kuat sehingga saya sendiri hanyut dan kaki saya tidak lagi mencecah dasar laut, tetapi saya berenang kembali ke kawasan yang lebih cetek.

“Saya beritahu dia (Muhammad Fahmi) untuk tidak berenang dahulu dan cuba perlahan-lahan kembali ke pantai. Tetapi dia mungkin tidak dengar amaran saya dan saya dapati dia sudah terkapai-kapai selepas itu,” katanya ketika ditemui di Pantai Tanjung Rhu, di sini, semalam

Jafry berkata, dia cuba menyelamatkan mangsa dengan bantuan rakan-rakan yang lain dan pengunjung yang ada di pantai berkenaan.

“Jarak saya dengan dia tak jauh, dalam satu ke dua meter sahaja. Tapi kami tak dapat capai tangan dia yang tiba-tiba terus tenggelam. Kami juga cuba menyelam di sekitar itu untuk mencarinya tetapi dia sudah tidak kelihatan,” katanya.

Terdahulu, mayat mangsa ditemukan pada pukul 1.24 petang ini setelah operasi mencari dan menyelamat disambung semula pagi semalam.

Mangsa yang baru dua minggu berada di pulau pelancongan itu untuk menjalani latihan amali adalah penuntut Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MIAT, Jenderam Hulu di Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya