Terjatuh ketika bermain skuter, Aafiyah terima jahitan di dagu - Utusan Malaysia

Terjatuh ketika bermain skuter, Aafiyah terima jahitan di dagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur anaknya, Siti Aafiyah yang berdepan kemalangan kecil, semalam dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan.

Kongsi pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Aafiyah mengalami kemalangan kecil dan terpaksa menerima beberapa jahitan di bahagian dagu.

“Alhamdulillah, sudah selesai semuanya dan hari ini, insya-Allah sudah dibenarkan keluar hospital,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perkongsian Siti Nurhaliza semalam, anaknya itu cedera di bahagian tangan dan dagu selepas terjatuh ketika bermain skuter sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

Kejadian tersebut dimaklumkan penyanyi Bukan Cinta Biasa itu menerusi satu perkongsian di media sosial.

Dalam hantaran sama, Siti turut memohon maaf kepada penganjur sebuah acara kerana terpaksa membatalkan kemunculannya.

“Malang tidak berbau. Anak ibu jatuh skuter. Kena masuk OT (dewan bedah). Doakan semoga Allah SWT permudahkan urusan.

“Minta maaf kepada penganjur kerana a terpaksa membatalkan persembahan pada saat akhir disebabkan kemalangan yang menimpa anak saya,” katanya.

Siti dalam pada itu turut berkongsi gambar bahagian tangan kanan Aafiyah, 5, yang berbalut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya