Terengganu harap bayaran dana khas diteruskan - Utusan Malaysia

Terengganu harap bayaran dana khas diteruskan

AHMAD Samsuri Mokhtar (tiga dari kiri) menyampaikan  anugerah kepada salah seorang usahawan pada Karnival Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu di Setiu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Kerajaan negeri Terengganu berharap bayaran Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) oleh kerajaan Pusat diteruskan seperti amalan biasa sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung peruntukan pembayaran berkenaan.

Menurut beliau, ianya termasuk persoalan atau pengesahan adakah agihan DKKP kepada kerajaan negeri Terengganu melibatkan wang royalti atau wang bayaran petroleum.

“Apa yang dibayar oleh kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri sebelum ini adalah DKKP. Soal adakah DKKP sama dengan wang royalti, kita akan rujuk semula dengan MOF.

“Terma wang royalti disebut Menteri Kewangan dan Menteri Undang-Undang pada 2021, namun bayaran diterima tidak pernah menyebut istilah royalti sebaliknya hanya DKKP.

“Di pihak negeri, kita menyeru bayaran DKKP diteruskan seperti biasa,” katanya selepas merasmikan Karnival Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu di Sungai Tarom di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) , Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus berdasarkan Akta Laut Wilayah 2012. 

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, beliau menyifatkan sasaran kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal 5.6 peratus sehingga 3.2 peratus dalam masa dua tahun dalam Belanjawan 2023 sebagai tidak realistik.  

Beliau menjelaskan, sasaran itu sukar untuk dicapai ekoran cabaran geopolitik dan ekonomi yang lebih mencabar berbanding tahun lalu.

“Untuk mengurangkan defisit fiskal, kerajaan perlu meningkatkan hasil dengan membuat pinjaman skala besar, kenaikan dolar Amerika serta menaikkan cukai yang akan memberi kesan kepada rakyat.

“Ianya juga melibatkan belanja mengurus dan belanja pembangunan. Jadi saya lihat sasaran itu terlalu optimis dan sukar untuk dicapai,” tambahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya